PBAKL – 20 Mac 2010

19 Mac 2010 rasa tidak sabar-sabar untuk ke PBAKL yang diadakan di PWTC. Walaupun akan bertolak dari Ip0h seawal pagi esoknya, namun tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam. Mengapakah…

20 Mac 2010… Alhamdulillah. Memulakan perjalanan dengan berbekalkan sebuah buku ” seniman jalanan” dan senaskah suratkhabar sebagai teman bicara. Perjalanan yang lancar dan terus ke Perhentian Keretapi Kuala Lumpur.

Kejadian oh kejadian…
Sering juga berlaku, sesuatu yang diluar jangka. Disaat mahu melangkah dengan cepat ke PWTC terjumpa pula tiket bas yang keciciran. Mahu buat apa ya? Buat-buat tak nampak, biarkan, ambil dan serahkan pada tuan punya… tetapi bagaimana… ermmm.. berfikir seketika lantas mengambil tiket dan menyerahkan kembali ke kaunter tiket yang berdekatan..

Bukan disini…TAPI dimana?
Alangkah terkejutnya dengan layanan yang diterima. Kepenatan perjalanan tidak terasa, malah kepenatan melayan kerani di kaunter bas berkenaan. Niat hanya untuk memulangkan tiket yang dijumpai tidak ada hal selainnya. Jawabnya : Cik kena pergi ke Hentian Duta. Hohoho.. Mengapakah ia menjadi semakin complicated. Perlu ke Hentian Duta dari sini (KTM Lama). Owh mengapakah ini terjadi..

Lantas saya terfikir mungkin dia pekerja baru atau kurang pendedahan awal tentang perkara ini. Lalu meminta untuk berjumpa pegawai yang berkenaan. Alhamdulillah segalanya selesai. Tiket diterima dan urusan di kaunter telah selesai tanpa ke Hentian Duta lagi…  ( Perlu pengetahuan bagi yang berurusan dengan pelanggan)

Meneruskan perjalanan ke Midvalley sebelum ke PWTC. Alangkah gembiranya, setiba melangkah masuk ke perkarangan PBAKL. Terasa auranya disitu..

Berkesempatan berjumpa dengan penulis-penulis yang hebat, pengunjung-pengunjung yang hebat. Terasa seronoknya.. hehe.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply