Renungan :
Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan rakan-rakan. Usia berkenalan tidaklah lama, hampir setahun usia perkenalan antara kami. Apa yang dapat diperhatikan hasil daripada wujudnya kumpulan kami ini, terdapat beberapa perkara yang saya pelajari dan boleh diperhalusi lagi.
Selalu benar diperkatakan mengenai “ukur baju dibadan sendiri”. Ada benarnya. Buatlah sekadar yang kita boleh buat. Mengikut keselesaan. Namun ada juga yang berpendapat boleh buat lebih dari itu. Sehingga ia menyusahkan dan menyebabkan timbulkan permasalahan. Adakah lebih baik, sekiranya sebelum membuat atau bertindak membuat serba sedikit analisis dan perbandingan serta membuat beberapa andaian terhadap sesuatu perkara. Oleh yang demikan apa yang difikirkan, apa yang ingin dilakukan akan dipermudahkan..
“Cakap-cakap kosong” umpama berkata-kata tanpa faedah. Sekadar menabur janji dan harapan bagi yang mendengar. Adakah ia bagus atau tidak. Itu pendapat masing-masing. Namun apabila ia menjadikan aktiviti ini sentiasa, malah akan memberikan satu pandangan yang negatif bagi sesetengah pihak. Lantaran itu, akan timbul pula permasalahan lagi. Adakah lebih baik, bercakap perkara yang baik-baik itu tidak salah, malah biarlah ia logik akal dan akan memberi kebaikan bersama. Tidak hanya cakap-cakap kosong tanpa makna dan membuang masa orang-orang yang terlibat. Perkara ini adalah realiti dan ia patut di ubah demi masa akan datang.
Saya suka menasihati diri saya, malah rakan-rakan yang lain. Berfikir sesuatu sebelum bertindak adalah lebih baik dari menyesalinya. Sama-samalah kita berubah kearah yang lebih baik. Berubah untuk kebaikan dan keselesaan kita semua.
“Sesungguhnya ALLAH Tidak Akan Mengubah Nasib Manusia Jika Manusia Itu Sendiri Tidak Mahu Mengubahnya.”


March 8th, 2010
Ogy Aziz
Posted in 



