Singapore Trip – Feb 2010

Tahun Baru Cina yang lalu, saya mengambil masa dan ruang yang ada untuk bersama-sama bonda tercinta mengorak perjalanan jauh. Perjalanan dari Utara ke Selatan tanah air tidak terasa lamanya apabila bersama bonda tercinta.

Perbualan ringkas diantara kami berdua yang memutuskan untuk ke Singapura. Ini yang dicadangkan oleh bondaku. Walaupun usianya kini 55tahun, dibesarkan di Johor, namun belum berpeluang ke Kota Singa berkenaan.

Memenuhi permintaan bondaku, menyusun jadual perjalanan secara terperinci. Persiapan diri, dokumen perjalanan dilakukan sebulan lebih awal.

Perjalanan bermula ….

Jam 8.30 malam masih ada 1 appointment perlu diselesaikan sebelum bertolak ke Johor Bahru. Perjumpaan dengan bekas teman sekerja yang lalu atas urusan tertentu. Alhamdulillah 1 jam pertemuan cukup bermakna. Kini jam hampir 10malam dan masa untuk pulang ke rumah dan bertolak ke perhentian bas yang berdekatan.

Bas yang dijadualkan telah tiba. Terkejut, teruja gembira dan sedikit risau tatkala melihat bus berkeadaan fizikal 2 tingkat?!?. Bondaku tetap cool!!! Kami membawa bersama Adham @  cucu sulung dalam keluargaku… (BOnuS untuk adham).

Semoga perjalanan dipermudahkan dan tiba di distinasi dengan selamat. Itu doa dan permintaan kami. Amin3x.

6.30 pagi, Alhamdulillah telah tiba di Johor Bahru. Mengalas perut di pagi hari. Meehoon Singapore (putih) menjadi pilihan. Kekenyangan sementara menanti kenderaan seterusnya. TiiTT!!!!

Sebelum melepasi tambak Negeri Johor, sesuatu yang pasti dilakukan. Menziarah pusara ayahanda tercinta. 1 Mac 2010 sudah 20 tahun arwah abab meninggalkan kami sekeluarga. Al-Fatihah.  Selepas itu, perjalanan diteruskan.

………………………………

Debaran semakin terasa tatkala meninggalkan sempadan Malaysia. Pakaian seragam polis dan pegawai imegresen Singapura membuatkan saya dan keluarga menjadi serius.. hehe 1st time la katakan..

Selepas ditanya itu ini, pemeriksaan luar dalam kenderaan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah. Perkara pertama sebelum memulakan “holiday” kami terus mencari tempat persinggahan untuk berehat dan menyimpan barang-barang.

Saya mengambil keputusan untuk menginap di Marsiling Drive berdekatan check point Singapura – Malaysia. Sungguh selesa.

- Permandangan Dari Tingkat 12 Marsiling Drive -

Selama berada di Singapura, beberapa tempat menarik yang telah sempat dikunjungi. Antaranya adalah Gaylang,Orchad Road, Pulau Sentosa, Marina Bay dan Singapore Flyer. Gaylang merupakan sebuah pusat perniagaan bagi orang-orang Melayu Singapura (mengikut pendapat dan pemerhatian saya sahaja). Disini rata-rata menjual barang keperluan asasi dan terdapat juga gerai-gerai makanan dan minuman. Saya dan keluarga hanya mengambil keputusan untuk membasah tekak sahaja, memandangkan terlalu ramai orang ketika itu di ruangan makan.

Selepas minum-minum, perjalanan kaki diteruskan menuju ke Kg Jawa. Tempat menjual produk-produk / kraftangan. Hanya memenuhi perimintaan teman-teman mencari key chain sebagai tanda hati ditempat orang. Selesai berjalan-jalan. Berhenti dan melawat Masjid Sultan Singapura.

Keesokkan harinya meneruskan aktiviti ke Pulau Sentosa, Marina Bay dan berpeluang menaiki Singapore Flyer. Kenangan dan pengalaman yang amat indah dan menarik.

“Jauh berjalan, luas pengalaman”


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply