rss
twitter
  •  

Rumah ku Syurga ku

| Posted in Info |

0

0101′10 - Saya memilih untuk meluangkan bersama dirumah sendiri. Sudah agak lama tidak menjenguk kerumah ini.

Alhamdulillah .. masih dalam keadaan baik. Masih terjaga. Cuma sawang-sawang di siling dan pokok-pokok tanaman bondaku kekeringan. Layu. Masuk sahaja diperkarangan rumah, terfikir soalan untuk memulakan dari mana. Dari dalam rumah atau luar terlebih dahulu. Disinilah konsep pilihan bermula. . Luar atau dalam harus dibersihkan terlebih dahulu. ermm?!?

Ya… mulakan dibahagian dalam. Cuaca diluar masih panas, tidak sesuai untuk bercucuk tanam. Saya membuat perancangan dari jam 1pm sehingga 4pm uruskan bahagian dalam keseluruhan. Selepas asar mula proses tanam semula di luar rumah. Let’s do it.

Sebelum memulakan proses mencuci saya mengatur semula peralatan dan kelengkapan. Agar semuanya mencukupi. Semuanya lengkap. Ya! gerak kerja boleh dimulakan sekarang. Mulakan!!!

Post a comment