Pada 27 Mac yang lalu telah berpeluang menjadi juri bagi pertandingan membaca teks Bahasa Inggeris dan JAWI. Penyertaan yang amat membanggakan dari golongan kanak-kanak ini.
Perjalanan pertandingan dimulakan dengan pendaftaran dan pengesahan peserta yang hadir. Selepas itu, pengerusi majlis memulakan majlis dengan menerangkan syarat-syarat penyertaan. Iaitu pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian. Tahap 1 untuk penguasaan Bahasa Inggeris manakala Tahap 2 pengusaan Bacaan JAWi.
Seorang demi seorang tampil dengan aksi dan penyampaian yang berbeza-beza. Ada yang membaca, mengeja dan berdiri sahaja (sepi). Inilah ragam kanak-kanak. Namun penyertaan lebih penting. Menang kalah sudah menjadi adat. Penghargaan kepada para peserta, sememangnya mereka semua amat BERANI. Berani untuk tampil kehadapan untuk membuat persembahan.
Setiap peserta akan diberi teks selama 2 min dan diminta untuk menyampaikan persembahan dengan nada, gaya dan kreativiti masing-masing. Ama teruja…
Persembahan kanak-kanak sebegini mampu membentuk jatidiri yang tinggi bagi dalam diri mereka dari usia yang muda lagi. Tahniah!!! Kepada pihak Penganjur…


March 29th, 2010
Ogy Aziz
Posted in 



