Kursus Blogger.com
| Posted in Info | Posted on 29-03-2010
5
Diatas Permintaan dari sesetengah pihak dan individu, saya merancang untuk mengadakan kelas blog khusus bagi yang ingin mengetahu asas untuk membuat blog dengan mudah.
Diatas Permintaan dari sesetengah pihak dan individu, saya merancang untuk mengadakan kelas blog khusus bagi yang ingin mengetahu asas untuk membuat blog dengan mudah.
Pada 27 Mac yang lalu telah berpeluang menjadi juri bagi pertandingan membaca teks Bahasa Inggeris dan JAWI. Penyertaan yang amat membanggakan dari golongan kanak-kanak ini.
Perjalanan pertandingan dimulakan dengan pendaftaran dan pengesahan peserta yang hadir. Selepas itu, pengerusi majlis memulakan majlis dengan menerangkan syarat-syarat penyertaan. Iaitu pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian. Tahap 1 untuk penguasaan Bahasa Inggeris manakala Tahap 2 pengusaan Bacaan JAWi.
Seorang demi seorang tampil dengan aksi dan penyampaian yang berbeza-beza. Ada yang membaca, mengeja dan berdiri sahaja (sepi). Inilah ragam kanak-kanak. Namun penyertaan lebih penting. Menang kalah sudah menjadi adat. Penghargaan kepada para peserta, sememangnya mereka semua amat BERANI. Berani untuk tampil kehadapan untuk membuat persembahan.
Setiap peserta akan diberi teks selama 2 min dan diminta untuk menyampaikan persembahan dengan nada, gaya dan kreativiti masing-masing. Ama teruja…
Persembahan kanak-kanak sebegini mampu membentuk jatidiri yang tinggi bagi dalam diri mereka dari usia yang muda lagi. Tahniah!!! Kepada pihak Penganjur…

19 Mac 2010 rasa tidak sabar-sabar untuk ke PBAKL yang diadakan di PWTC. Walaupun akan bertolak dari Ip0h seawal pagi esoknya, namun tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam. Mengapakah…
20 Mac 2010… Alhamdulillah. Memulakan perjalanan dengan berbekalkan sebuah buku ” seniman jalanan” dan senaskah suratkhabar sebagai teman bicara. Perjalanan yang lancar dan terus ke Perhentian Keretapi Kuala Lumpur.
Kejadian oh kejadian…
Sering juga berlaku, sesuatu yang diluar jangka. Disaat mahu melangkah dengan cepat ke PWTC terjumpa pula tiket bas yang keciciran. Mahu buat apa ya? Buat-buat tak nampak, biarkan, ambil dan serahkan pada tuan punya… tetapi bagaimana… ermmm.. berfikir seketika lantas mengambil tiket dan menyerahkan kembali ke kaunter tiket yang berdekatan..
Bukan disini…TAPI dimana?
Alangkah terkejutnya dengan layanan yang diterima. Kepenatan perjalanan tidak terasa, malah kepenatan melayan kerani di kaunter bas berkenaan. Niat hanya untuk memulangkan tiket yang dijumpai tidak ada hal selainnya. Jawabnya : Cik kena pergi ke Hentian Duta. Hohoho.. Mengapakah ia menjadi semakin complicated. Perlu ke Hentian Duta dari sini (KTM Lama). Owh mengapakah ini terjadi..
Lantas saya terfikir mungkin dia pekerja baru atau kurang pendedahan awal tentang perkara ini. Lalu meminta untuk berjumpa pegawai yang berkenaan. Alhamdulillah segalanya selesai. Tiket diterima dan urusan di kaunter telah selesai tanpa ke Hentian Duta lagi… ( Perlu pengetahuan bagi yang berurusan dengan pelanggan)
Meneruskan perjalanan ke Midvalley sebelum ke PWTC. Alangkah gembiranya, setiba melangkah masuk ke perkarangan PBAKL. Terasa auranya disitu..
Berkesempatan berjumpa dengan penulis-penulis yang hebat, pengunjung-pengunjung yang hebat. Terasa seronoknya.. hehe.

Kawan oh Kawan
Kawan, rakan, teman semuanya ada disekeliling kita. Cuma kita yang memiliki teman perlu bijak dan pandai menilai erti kawan sebenarnya. Ada juga yang hanya ingin menghampiri dan mendekati dengan tujuan-tujuan tertentu. Tatkala menghadapi kesulitan tiada jua..
Ingin berkongsi pertemuan dengan seorang teman, yang mudah didekati dengan semua orang. Mungkin kerana sifatnya yang selalu positif dan keterbukaan. Berbincang bercadang untuk melaksanakan sesuatu yang terbaik bagi kumpulannya.
Mempunyai kekuatan jiwa dan dan pemikiran positif, mengambil keputusan bersama. Namun disaat getir, kawannya itu hilang tanpa dikesan. Saat dimana perlukan temannya itu untuk menyelesaikan apa yang tersirat, namun keadaan menjadi senyap. Mengapakah ini terjadi..
Berkawan itu boleh, cuma menilai kawan kita itu terlebih dahulu. Alangkah bagus membuat usul periksa terlebih dahulu..
* Ingin juga menguasai pengetahuan membaca gerak badan seseorang itu.
Melati Pujaan Tumasek, tajuk teater bangsawan pada bulan ini. Menerima ajakan dari rakan baik saya selaku pengarah teater ini iaitu Anne Yusof. Beliau seorang yang berpengalaman didalam bidang teater ini hampir 1o tahun lebih.
Persembahan teater bangsawan yang ditonton selepas Bangsawan Megat Terawih di Taman Budaya Negeri Perak. Perjalanan teater pada temboh hari amat memuaskan hati saya sebagai penonton pada malam itu.
Hilal Azman tampil sebagai Sultan memainkan peranan yang penting dan Melati juga menjadi mangsa fitnah ketika itu.
Renungan :
Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan rakan-rakan. Usia berkenalan tidaklah lama, hampir setahun usia perkenalan antara kami. Apa yang dapat diperhatikan hasil daripada wujudnya kumpulan kami ini, terdapat beberapa perkara yang saya pelajari dan boleh diperhalusi lagi.
Selalu benar diperkatakan mengenai “ukur baju dibadan sendiri”. Ada benarnya. Buatlah sekadar yang kita boleh buat. Mengikut keselesaan. Namun ada juga yang berpendapat boleh buat lebih dari itu. Sehingga ia menyusahkan dan menyebabkan timbulkan permasalahan. Adakah lebih baik, sekiranya sebelum membuat atau bertindak membuat serba sedikit analisis dan perbandingan serta membuat beberapa andaian terhadap sesuatu perkara. Oleh yang demikan apa yang difikirkan, apa yang ingin dilakukan akan dipermudahkan..


Tahun Baru Cina yang lalu, saya mengambil masa dan ruang yang ada untuk bersama-sama bonda tercinta mengorak perjalanan jauh. Perjalanan dari Utara ke Selatan tanah air tidak terasa lamanya apabila bersama bonda tercinta.
Perbualan ringkas diantara kami berdua yang memutuskan untuk ke Singapura. Ini yang dicadangkan oleh bondaku. Walaupun usianya kini 55tahun, dibesarkan di Johor, namun belum berpeluang ke Kota Singa berkenaan.
